BICARAKU
Jika kita lihat di kaca televisyen, terdapat banyak rancangan kartun yang disiarkan di televisyen. Cerita kartun tersebut ada diantaranya diimport daripada luar negara antaranya kartun Doraemon, Shinchan dan sebagainya. Bukan sahaja kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan dua hingga enam tahun yang menontonnya malah dalam kalangan remaja juga tertarik dengan program ini. Namun, adakah program ini membawa impak positif kepada kanak-kanak?. Jika ya, alhamdulilah. Contohnya rancangan Upin dan Ipin banyak memberikan pengajaran kepada kanak-kanak terutamanya. Rancangan ini bukan semata-mata berbentuk hiburan semata-mata malah rancangan ini mempunyai nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dalam diri mereka. Mereka mengandaikan Upin dan Ipin sebagai ikon mereka. Dengan adanya ikon, malah mereka akan mengikut perilaku positif yang dilakukan oleh watak yang terdapat dalam rancangan tersebut. Malah, jika kartun yang didedahkan kepada mereka tidak baik untuk ditonton maka secara tidak langsung mereka akan mengikut perilaku tersebut. Jadi, peranan ibu bapa amat penting dalam mendidik anak-anak ke arah kebaikan. Kebiasannya, bahasa kartun merupakan bahasa yang kadangkala tidak sesuai untuk didengar oleh kanak-kanak. Contohnya, bodoh, benggong dan sebagainya. Secara tuntasnya, dapat dikatakan bahawa kanak-kanak perlu didedahkan dengan medium yang mempunyai unsur-unsur positif. Pendidikan dari sejak kecil amat penting. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
No comments:
Post a Comment