Pada hari ini, saya bersama kawan saya pergi ke
Pasar Awam Tanjung Malim untuk membeli barang basah antaranya adalah ayam, ikan
dan sayur. Kami pergi ke sana pada pukul 8.30 pagi. Setibanya kami di pasar,
kami terus menuju ke tempat yang menjual sayur-sayuran. Sayur-sayuran yang
dijual oleh penjual amat segar sehingga mendorong kami untuk membelinya. Kami membeli sawi, peria, sawi jepun, bendi,
tomato dan sebagainya. Saya suka makan tomato kerana tomato mempunyai banyak
khasiat terutamanya pada kulit. Selepas membayar, saya dan kawan saya menuju ke
tempat yang menjual ayam. Kami berasa seronok kerana peniaga sering kali
memberikan senyuman kepada kami walaupun kami baru pertama kali menjejakkan
kaki ke sana. Semasa kawan saya sibuk memilih ikan yang hendak dibelinya, saya
memerhati keadaan sekeliling. Saya berasa bertuah tinggal di sebuah negara yang
aman dan damai tanpa adanya peperangan. Di sana, bukan sahaja kaum Melayu yang
menjadi peniaga malah kaum Cina dan India juga menjadi peniaga untuk menyara
kehidupan mereka. Saya berasa gembira dengan sikap kaum India dan Cina yang
melayan pelanggan dengan baik walaupun pelanggannya bukan daripada kaum
mereka.Alangkah terkejutnya saya apabila bahu saya disentuh seseorang.
Rupa-rupanya kawan saya yang menyentuh bahu saya. Setelah membeli barang yang
diperlukan, saya bersama kawan saya terus pulang ke rumah.
BICARAKU
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai
masyarakat yang berbilang kaum. Walaupun masyarakatnya berbilang kaum namun
dapat dikatakan bahawa Malaysia sebuah negara yang aman dan damai. Hal ini
disebabkan kita sebagai rakyat Malaysia bebas bergerak ke mana-mana sahaja
tanpa ada sebarang perasaan takut atau gentar. Masyarakat bebas melaksanakan
tanggungjawab mereka sebagai peniaga, pendidik, pelajar, dan sebagainya.
Kepelbagaian kaum mendatangkan impak positif kepada rakyat Malaysia. Contohnya,
kaum Melayu dapat mengetahui budaya masyarakat Cina dan India. Begitu juga dengan
masyarakat Cina dan India. Saya berharap peristiwa 13 Mei tidak berlaku lagi.
13 Mei merupakan peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh kita sebagai
masyarakat Malaysia. Pada waktu itu, berlakunya permusuhan kaum yang telah
mengakibatkan banyak kemusnahan dari segi harta benda. Ketiga-tiga kaum ini
berperang antara satu sama lain. Situasi
ini yang mendatangkan kesan negatif kepada negara dari segi ekonomi, politik,
sosial dan agama. Saya berharap peristiwa ini tidak akan berulang lagi. Kita
perlu bersyukur dengan keadaan negara kita yang aman dan damai tanpa adanya
persengketaan.
No comments:
Post a Comment