Pada waktu petang, saya mengajak kawan saya untuk membeli
makanan di kedai Sahabat. Kebetulan pada masa itu, kami tiada kelas pada waktu
petang. Kami berjalan dengan penuh berhati-hati agar tidak tergelincir. Hal ini
disebabkan pada hari ini, hujan turun dengan lebatnya. Cuaca yang sejuk
mempengaruhi perut kami yang lapar. Semasa dalam perjalanan, kami melihat ada
sebuah gerai yang menjual keropok lekor. Tanpa melengahkan masa lagi, kami
terus melangkah menuju ke kedai tersebut. Semasa kami menunggu giliran untuk
membeli keropok lekor, kami mendengar perbualan antara seorang anak dengan
ayahnya.
Anak : Ayah, habis
basah baju ain!.
Ayah: Alah, ayah tidak
sengaja. Bolehke kertas ini melindungi makanan kita daripada dibasahi air
hujan.
Anak : Ayah nie. Ain da
penat buat keje nie sorang-sorang. Ayahla pula buat.
Ayah : Macam mana ayah
nak buat. Tengok tue, kerusi pun tak dialihkan.
Anak: Macam mana nak
alihkan kerusi tu. Ain tengah sibuk nie. Tak faham ke!
Kami berasa terkejut apabila mendengar rungutan daripada
seorang anak kepada ayahnya. Bukan itu sahaja,anaknya sanggup menggunakan nada
yang tinggi untuk bercakap dengan ayahnya. Kelihatan riak muka ayahnya yang
sedih dan kecewa dengan perangai dan tindakan anaknya yang bersikap kurang
ajar. Kami berasa geram dengan tindakan kurang sopan yang dilakukan anaknya.
Setelah selesai membeli keropok lekor, kami terus berlalu untuk pulang ke
rumah.
ULASAN
Saya merasakan
perbuatan tersebut tidak perlu dilakukan oleh seorang anak kepada kedua ibu
bapanya. Ibu merupakan insan yang bergadai nyawa untuk melahirkan kita manakala
insan yang bergelar ayah pula tidak pernah mengenal arti penat lelah dalam
mencari rezeki. Mengapa kita hendak melukakan hati mereka dengan kata-kata yang
kasar? Padahal mereka tidak pernah meninggikan suara kepada kita melainkan kita
ada membuat salah. Kita perlu menggunakan nada suara yang rendah atau
menggunakan bahasa yang lembut untuk berkomunikasi dengan mereka. Kata orang,
hati ibu bapa kita semakin hari semakin lembut seperti kulit telur. Jadi
sebagai seorang anak yang soleh dan solehah kita perlu menghormati kedua ibu
bapa kita selagi mereka masih hidup. Salah satu kunci dalam kejayaan seorang
anak adalah berkat doa daripada kedua orang tuanya. Tanpa doa daripada mereka
kejayaan yang dikecapi tidak diredhai-Nya.
No comments:
Post a Comment