Pada hari rabu yang lalu, saya dan kawan-kawan pergi ke SITC untuk membeli-belah. Di sana terdapat banyak gerai yang menjual buku-buku seperti majalah, novel, komik dan sebagainya. Bukan itu sahaja, ada juga penjual yang menjual buku berbentuk ilmiah antaranya Asas Kewartawanan, Sintaksis, Olahraga dan sebagainya untuk dijadikan rujukan kami sebagai pendidik. Setibanya kami di gerai yang menjual peralatan komputer, kami mendapati penjual tersebut tidak memberikan sebarang reaksi terhadap kami. Penjual tersebut hanya memandang kami tanpa memberikan sedikit senyuman. Penjual tersebut hanya mengatakan "Dik, hendak beli apa?". Kami berasa kecewa dengan sikap sesetengah penjual yang hanya menginginkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan perasaan penjual.
Kami juga ada mengunjungi gerai yang menjual pakaian wanita. Kami mendapati banyak pakaian yang dijual oleh peniaga antaranya jubah, kemeja, seluar, kain dan sebagainya. Kami berasa tertarik untuk membeli pakaian disitu. Hal ini disebabkan sikap penjual yang mesra dengan peniaga malah bibirnya tidak lekang untuk memberikan senyuman. Bukan itu sahaja, kata-kata manis sering kali terbit dari bibirnya yang nipis antaranya "Mari dik, baju-baju disini murah-murah" , "Tudung yang cantik untuk adik yang manis" dan sebagainya. Kami menjadi rambang mata untuk membeli pakaian lebih-lebih lagi baju-baju yang dijual di situ amat cantik. Saya mendapati ramai pelanggan yang tertarik untuk membeli pakaian berbanding membeli peralatan komputer.
ULASAN
Senyum merupakan gerak bibir yang ternaik pada hujungnya yang membayangkan rasa suka (geli hati dan setuju) tanpa mengeluarkan suara. Berdasarkan maksud senyum dapat dikatakan bahawa amalan ini amat senang dan mudah untuk diamalkan namun masih ada segelintir yang tidak mengamalkannya lebih-lebih lagi dalam kalangan peniaga. Kita digalakkan untuk memberikan senyuman kepada sesiapa sahaja tidak kira tua ataupun muda. Terdapat banyak implikasi positif apabila kita mengamalkan amalan ini antaranya muka nampak lebih muda, menyihatkan badan, mengurangkan tekanan dan sebagainya. Kata orang senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu kemesraan, senyum itu penambah kasih dan senyum itu pelaris jualan. Tuntasnya dapat dikatakan bahawa amalan ini bukannya amalan yang sia-sia jika kita mengamalkannya. https://www.youtube.com/watch?v=K6ENATcYxXQ
No comments:
Post a Comment