Semasa saya dalam perjalanan ke Kampus Baru, saya memerhati keadaan sekeliling. Saya amat tertarik dengan nama sebuah kedai iaitu kedai pau yik mun. Saya masih teringat ketika saya berada dalam kelas sosiolinguistik, Dr Siti Saniah ada bertanyakan kami sebutan bagi kedai pau yik mun yang terkenal di Tanjung Malim. Kami berasa keliru dengan sebutan tersebut. Setahu kami, kami menyebutnya dengan menggunakan suku kata bahasa Melayu. Alangkah terkejutnya kami, Dr Siti Saniah memberitahu bahawa sebutan tersebut salah.
BICARAKU
Yik Mun merupakan bahasa yang berasal daripada suku kata Cina. Setiap bahasa mempunyai perbezaan dari segi sebutannya. Contohnya dapat dilihat pada sebutan pau Yik Mun. Kita perlu menguasai sebutan daripada bahasa lain, amat rugi bagi kita yang tidak mengetahui sebutan daripada bahasa lain. Jika kita dapat menguasai lebih daripada satu bahasa maka kita tidak berasa malu untuk menyebut perkataan yang menggunakan sebutan bahasa lain selain bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, jika kita dapat menguasai lebih daripada satu bahasa maka perbendaharaan kata semakin meningkat dan ilmu pengetahuan kita juga akan meningkat. Banyak impak positif yang dapat kita peroleh antaranya memudahkan komunikasi antara kita dengan masyarakat daripada luar negara.
No comments:
Post a Comment