Wednesday, 6 March 2013
SITUASI 2 : BAS KIFAH
Pada hari ini merupakan
hari yang memenatkan. Selepas kelas Seminar Refleksi, saya bersama kawan saya
tidak terus pulang ke rumah malah kami bersama-sama pergi ke perpustakaan
Tuanku Bainun. Tujuan kami ke sana untuk mencari bahan rujukan bagi subjek
Seminar Refleksi. Kami menghabiskan masa selama tiga jam untuk mencari bahan
dan melakukan sedikit perbincangan kumpulan. Setelah selesai mencari bahan yang
dikehendaki, kami terus keluar daripada perpustakaan dan berjalan menuju ke
perhentian bas. Kami amat kecewa kerana ada sesetengah penumpang yang
mengamalkan amalan pentingkan diri. Mereka tidak memberi ruang kepada penumpang
lain untuk menaiki bas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment