Bahasa Melayu dikatakan bahasa pengantar yang digunakan masyarakat pada hari ini dalam proses berkomunikasi untuk menyampaikan maklumat. Secara umumnya bahasa Melayu sering kali digunakan oleh masyarakat Melayu. Tetapi saya berasa sungguh berbangga kerana bahasa Melayu juga digunakan oleh masyarakat selain masyarakat Melayu antaranya masyarakat India, Cina dan yang paling membanggakan saya adalah masyarakat luar juga menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar mereka. Semasa saya sedang mencari bahan di perpustakaan, saya telah ditegur oleh seorang pelajar. Saya mendapati pelajar tersebut bukan daripada warganegara Malaysia. Pelajar tersebut menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk berkomunikasi dengan saya. Saya berasa terkejut dengan bahasa yang digunakannnya malah berasa malu dengan sikap masyarakat kita yang sering kali menggunakan bahasa lain sebagai bahasa Melayu untuk berkomunikasi.
BICARAKU
Perpaduan dikatakan sebagai satu proses menyatupadukan masyarakat daripada pelbagai kaum. Tanpa kita sedari, bahasa Melayu merupakan bahasa yang dapat menyatupadukan masyarakat. Perpaduan yang wujud memberikan kesan positif kepada negara kerana melalui bahasa, semangat cinta akan tanah air akan tersemat dalam diri. Jika kita lihat pada situasi diatas, dapat dikatakan bahawa masyarakat luar juga memandang tinggi terhadap negara Malaysia. Tetapi, jika kita lihat pada gambar disebelah dapat dikatakan bahawa masih ada masyarakat pada masa ini yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Tidak salah menggunakan bahasa Inggeris tetapi kita perlu mengutamakan bahasa kebangsaan kita. Bahasa Inggeris juga dikatakan bahasa ilmu dan bahasa kedua. Jadi, tidak salah kita menguasai bahasa ini kerana semakin banyak penguasaan kita terhadap sesuatu bahasa maka semakin hebat pemikiran dan pengetahuan kita. Kita sepatutnya berasa malu dengan orang luar seperti situasi diatas. Hal ini dapat dibuktikan apabila mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar apabila berada di negara kita. Perpaduan yang wujud memberikan kesan positif kepada negara. Masyarakat tidak terdorong untuk melakukan perkara yang mendatangkan kesan negatif kepada diri, masyarakat dan negara antaranya peperangan, pencerobohan dan sebagainya. Contohnya, kelulusan pelajar dalam peperiksaan SPM adalah lulus dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Jadi, semua pelajar daripada pelbagai kaum perlu menguasai mata pelajaran ini walaupun kebanyakan daripada mereka tidak mahir bertutur dalam bahasa Melayu. Tuntasnya, dapat dikatakan bahawa bahasa Melayu juga dikatakan sebagai bahasa perpaduan. Bahasa perpaduan ini merupakan salah satu saluran ke arah kecemerlangan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik.
No comments:
Post a Comment