Kucing merupakan hidupan yang perlu disayangi bukannya diseksa atau dianiaya. Pada hari khamis yang lepas, saya bersama ibu pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Semasa saya menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan, saya keluar daripada bilik menunggu untuk menghirup udara segar. Saya duduk berehat di sebuah pondok yang telah disediakan oleh pihak berkenaan. Pondok yang telah dibina amat cantik dan begitu unik ukirannya. Sedang asyik mengamati keindahan alam, tiba-tiba saya mendengar satu suara yang amat nyaring bunyinya. Saya tercari-cari arah kedatangan bunyi tersebut. Saya berjalan mendekati semak dan longkang. Saya berasa terkejut kerana ada seekor anak kucing di dalam longkang tersebut. Saya mendapati ada kesan pukulan pada badannya. Saya berasa sedih apabila melihat keadaan kucing tersebut yang terpaksa menghadapi kehidupan yang menyakitkan akibat perbuatan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Tanpa berfikir panjang, saya terus membeli sebuku roti di kedai yang berdekatan. Tepat jam 9.30 pagi, Ibu mendekati saya dan memberitahu bahawa sekarang adalah giliran aku untuk berjumpa dengan doktor.
ULASAN
Saya berasa amat sedih dengan sikap manusia yang mengamalkan amalan keji terhadap haiwan. Haiwan juga merupakan hidupan yang telah diciptakan tuhan. Secara umumnya, manusia mempunyai otak begitu juga dengan haiwan. Tetapi yang membezakannya adalah manusia boleh menggunakan akal tersebut untuk berfikir dan membezakan antara kebaikan atau keburukan manakala haiwan tidak berfikir dan tidak dapat membezakan antara kebaikan atau keburukan. Jadi dapat dikatakan bahawa kita sebagai manusia perlu bersyukur dengan nikmat yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Kita janganlah menganiaya haiwan dengan cara menendang dan memukul haiwan tersebut sehingga mendatangkan kecederaan atau kematian. Kita perlu mengamalkan sikap penyanyang terhadap haiwan lebih-lebih lagi kucing.
No comments:
Post a Comment