Pada hari ini, saya bersama kawan saya pergi ke Port Dickson untuk membuat kajian terhadap pelajar berkaitan Projek Tahun Akhir kami yang bertajuk "Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dalam mengembangkan Idea Penulisan Karangan". Kami kesana dengan menaiki kereta yang telah disewa. Pada pukul 11.00 pagi kami tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Samad. Kami dapati keadaan di sekolah amat sibuk disebabkan pada hari ini keputusan SPM telah diumumkan. Saya mendengar perbualan mereka sesama mereka. Ada pelajar yang memanggil kawannya dengan panggilan yang tidak menyenagkan hati contohnya bogek, nanas, labu atau sebagainya. Mereka beranggapan bahasa yang digunakan oleh mereka menggambarkan keakraban mereka. Contohnya dari segi panggilan Ahmad dipanggil koleng atau Minah dipanggil comel. Bukan itu sahaja, mereka juga menggunakan bahasa kesat seperti choi, mati kau, mampus, dan sebagainya.
BICARAKU
Pada pendapat saya, tidak salah jika remaja pada masa sekarang menggunakan bahasa remaja mereka untuk tujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka. Tetapi, mereka juga perlu berhati-hati dengan bahasa yang digunakan agar bahasa yang digunakan tidak memberikan kesan negatif kepada orang lain. Contohnya dari segi panggilan, tidak semua orang suka dengan panggilan yang telah ditetapkan oleh orang lain. Jadi, kita perlu menggunakan bahasa yang sopan dan betul untuk menjalin hubungan yang akrab dengan orang lain.
No comments:
Post a Comment