BERBAJU MELAYU BERSAMPING SONGKET,
MENUJU KE MASJID BERSAMA SALLEH,
SOLAT JUMAAT TIDAKLAH SENGKET,
TINGKATKAN KEIMANAN LELAKI SOLEH.
Pada kali ini, saya akan mengulas satu isu iaitu "Solat Jumaat". Solat Jumaat merupakan solat yang perlu dilaksanakan oleh kaum adam pada hari Jumaat. Tetapi, masih ada golongan muda pada masa sekarang yang memandang enteng terhadap amalan ini. Saya tidak mereka-reka cerita tetapi ini adalah kenyataan. Pada hari ini, saya pergi ke kedai Bohsiang untuk membeli barang. Saya berasa hairan dengan sikap anak muda yang duduk berkumpul di kaki lima kedai tersebut. Tanpa menghiraukan mereka, saya terus mencari barang untuk dibeli. Saya membeli barang-barang untuk membuat Puding Jagung antaranya susu, gula, jagung, buah-buahan dan sebagainya. Setelah membayar, saya terus menuju ke tempat meletak kenderaan. Saya mendapati mereka masih berada di kaki lima. Saya berasa amat kecewa dengan sikap generasi muda pada masa sekarang yang tidak menunaikan tanggungjawab mereka sebagai muslim.
ULASAN
Pada hari ini, kita dapati semakin ramai umat Islam meninggalkan Solat Jumaat. Mereka leka dengan menjamu selera dan duduk berborak di kedai makan sedangkan orang lain sedang khusyuk menunaikan Solat Jumaat. Solat Jumaat merupakan solat fardu dua rakaat yang menggantikan solat Zohor dan dilakukan secara berjemaah setelah selesai Khutbah Jumaat. Kaum lelaki perlu menunaikan Solat Jumaat walaupun mereka berada dalam keadaan sibuk. Terdapat hadis yang mengatakan bahawa Solat Jumaat merupakan amalan wajib bagi kaum lelaki muslim.
Sabda Rasulullah SAW:
“ | "Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).
Kaum lelaki dilarang meninggalkan Solat Jumaat kerana Solat Jumaat merupakan hukum Allah yang wajib untuk dilaksanakan oleh kaum lelaki. Jika mereka meninggalkan hukum Allah ini maka mereka akan mendapat balasan yang setimpal terhadap dosa yang telah dilakukannya.
|
”
|
No comments:
Post a Comment